|
Pusat Kaunseling Talian Sahabat
 |
|
 |
| |
Antara perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan termasuklah:
* Kaunseling Individu
* Kaunseling Keluarga &
Rumahtangga dan
* Kaunseling Kelompok
Merangkumi isu berkaitan:
1. Kaunseling Kerjaya yang akan mengupas penerokaan diri melihat kepada KESERASIAN DI ANTARA CIRI PERSONALITI , POTENSI DIRI DAN MINAT KLIEN ~ satu cabang ilmu yg PENTING krn harus diingat sebahagian besar usia kita akan dihabiskan menerusi bidang kerjaya yang dipilih.
Maka kesilapan & kealpaan dalam memilih kerjaya yang TEPAT & BERSESUAIAN , TIDAK MUSTAHIL boleh menyebabkan klien @ individu mudah terjebak dalam stress dan konflik yang menekan diri. Buat yang berminat anda perlu menjalani UJIAN PERSONALITI iaitu SDS & IPS. Daripada ujian ini, dapatan akan dianalis untuk membantu klien memilih bidang kerjaya yang sesuai dengan beliau. (Sesuai utk anak remaja lepasan PMR @ SPM yang ingin memilih jurusan @ bidang pengajian yg bersesuaian)
2. Masalah Personaliti spt kurang keyakinan diri, berfikiran negatif menebal, panas baran,hilang tumpuan @ gugup di khalayak ramai ( nervous/ panic attack), terlalu sensitif, pendendam,malas, putus asa, kecewa dsbgnya.
3. Permasalahan rumahtangga spt jurang komunikasi, masalah ekonomi, kasih sayang yang pudar, masalah ,hubungan ketiga, penceraian dll
4. Permasalah anak remaja spt memberontak, degil, panas baran, tidak mendengar kata, akademik ~ ponteng sekolah & malas belajar, mencuri, menipu, kecelaruan gender spt penkid, pondan, percintaan dsbgnya
5. Pengurusan STRESS ~ klien akan didedahkan dengan factor @ punca yang menyumbang kpd STRESS yg dialami. Klien akan didedahkan dengan cara mengatasi STRESS yg dialami dgn menilai kembali keutamaan dan kepentingan bijaksana dan adil dalam menunaikan tanggungjawab yg diamanahkan. Teknik meditasi, aromatheraphy, refleksiologi, loving kindness, muzik theraphy, mandian theraphy, kelebihan dzikrullah, pengurusan masa dsbgnya yang bersesuaian akan dikongsikan jika perlu.
6. Krisis Intervensi ~ berkaitan trauma ataupun impak insiden @ musibah dalam kehidupan spt kematian mahupun kehilangan orang yang disayangi, penceraian, putus cinta, kekecewaan, ditimpa penyakit kronik, kemalangan ngeri, mangsa cabul @ rogol, kejadian ragut , tsunami, gempa bumi dsbgnya
7. Pengurusan Berat Badan / Masalah Obesiti ~ Klien akan dibantu untuk mendapatkan ‘insight’ akan keperluan & kepentingan menjaga berat badan & kesihatan diri. Setelah “insight @ celik akal” diperolehi klien akan dibantu untuk MEMPERTINGKATKAN KEUPAYAAN & MOTIVASI DALAMAN untuk mencapai berat & proposional tubuh yang diidamkan.Kemudian barulah disusuli dengan bimbingan darisegi DISPLIN DIRI, PETUA, TIPS-TIPS “MIRACLES”, PENGAMBILAN PRODUK JUGA MENU akan diberikan.
Buat rakan-rakan yang berminat untuk menjalani SESI KAUNSELING PERCUMA ini boleh menghubungi TALIAN SAHABAT, PUSAT KAUNSELING NEGERI SELANGOR DI 03-55190600 untuk mengatur temujanji ataupun datang terus ke sana.
|
|
 |
|
 |
 |
|
 |
| |
ADDRESS - View
Large Map
Lot G60, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40200
|
|
 |
|
 |
|
 |
 |
|
 |
| |
| Phone |
0355190600 |
| Fax |
0355190500 |
| Business Hours |
Isnin hingga Jumaat = 8am - 5pm, Sabtu dan Ahad = 9am - 5pm |
|
|
 |
|
 |
|